Tokoh pendidikan, Tan Sri Murad Mohd. Nor berkata, Sistem Penilaian Pembelajaran Interaktif Bilik Darjah (ICELS) boleh mengurangkan beban guru dalam usaha memperkasakan pembelajaran di sekolah kebangsaan.Katanya, ICELS boleh diintegrasikan dengan sistem-sistem sedia ada di sekolah, seterusnya merekodkan laporan prestasi pelajar secara automatik ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.``Dengan ini, guru boleh memberi tumpuan kepada penyediaan bahan mengajar dan berinteraksi dengan pelajarnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Sehubungan itu, Murad mengalu-alukan hasrat Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan pelaksanaan ICELS dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).``Sistem ini juga merupakan alat pengupaya yang boleh melahirkan pelajar yang berdisiplin serta boleh mengukur kemampuan diri,'' tambahnya.Kira-kira 300,000 guru dan tiga juta pelajar akan menggunakan sistem itu jika ia dilaksanakan di sekolah-sekolah pada RMK-9.Murad mengulas kenyataan Hishammuddin pada Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, yang menimbang kemungkinan melaksanakan ICELS di sekolah pada RMK-9.Menurut Hishammuddin, beberapa ciri ICELS didapati menepati kriteria yang diperlukan seperti menjimatkan dan interaktif.Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Hishammuddin berkata, ICELS sesuai untuk membestarikan sistem pendidikan di sekolah serta penambahbaikan sistem Penyampaian Pengajaran (P&P) dalam bilik darjah.Sistem itu telah dilaksanakan secara meluas di Taiwan dan secara rintis di United Kingdom.Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menutup program ujian ICELS di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu di Negeri Sembilan baru-baru ini juga menganggap sistem itu mampu mengesan kemampuan, pemahaman dan kebolehan pelajar ketika aktiviti P&P berlangsung di dalam kelas.Katanya, pengesanan `segera' itu boleh dilakukan tanpa perlu menunggu sehingga habis penggal persekolahan, yang ketika itu, mungkin sudah terlewat.Murad yang sebelum ini mencadangkan sistem pendidikan negara sekarang dirombak semula jika kerajaan mahu memperkasakan sekolah kebangsaan, berharap ICELS dapat diperkenalkan di semua maktab perguruan.``Walau apa pun kaedah yang diperkenalkan, guru-gurulah yang berada di barisan hadapan untuk melaksanakannya,'' katanya.Sehubungan itu, katanya, dengan memperkenalkan ICELS di maktab-maktab perguruan, guru berpeluang memikirkan kaedah dan aplikasi yang sesuai untuk sistem ini. p/s: hehehhe...bullshit!!! cekgu skarang dibebani oleh keje2 remeh yg x masuk akal, e.g pats, labs, etc. hmmm mungkin yang mcadangkan mende2 ni juz nak dapat name kot, dats y la ramai cekgu yang duk spital bahagia, ttekan?tekanan?dtekan?penekanan? hahahahak. cakap pandai la, meh duk dalam kasut saye try...

No comments:
Post a Comment