Wednesday, May 16, 2007

'Terima kasih' Samy dan BN, tol naik lagi!

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan 'terima kasih tidak terhingga' kepada Meneteri Kerja Raya Dato' Seri S. Samy Vellu dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas berita buruk untuk rakyat iaitu Plus akan menaikkan kadar tol Janurai tahun depan.

Kadarnya ialah 10 peratus iaitu daripada 13.6 sen kepada 14.96 sen setiap satu kilometer dan sudah tentunya selepas kenaikan harga barang baru-baru ini seperti tepung gandum, ini menjadi satu lagi himpitan perit buat rakyat kerana kos kehidupan semakin bertambah meningkat.
Mengulas lanjut dan kecewa dengan situasi ini Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata walaupun selama ini Plus dan syarikat konsesi tol lain sudah mendapat keuntungan yang lebih meskipun tanpa kenaikan dan akan semakin bertambah di waktu musim perayaan, tanpa memberi sebarang pertimbangan rintihan dan kesusahan rakyat tetap menaikkan kadar tol kerana berpegang kepada perjanjian.
"Sungguhpun perjanjian tersebut dianggap berat sebelah dan menyusahkan rakayt, BN terutama Samy sanggup menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi tersebut," katanya.
"Bagi rakyat Samy dan BN sudah tidak bijaksana lagi tetapi bagi yang mengaut keuntungan, mereka inilah yang paling pandai," katanya sinis.
Jelas kata Dr Hatta, membuktikan dan menampakkan lagi sikap sebenar BN yang dilihat seperti kapitalis yang mengaut keuntungan melalui kesusahan orang ramai.
Beliau mengajak rakyat seluruhnya menentang sikap tamak yang menzalimi nasib mereka dan membantah pelbagai cara seperti menulis, menghantar memo bantahan, demostrasi dan paling bijaksana ialah menghukum kerajaan BN sewaktu pilhan raya akan datang.
"BN sudah tidak diyakini dapat membela nasib rakyat, Samy sudah tidak relevan lagi,jangan beri undi kepada mereka ini untuk dapat peluang menyusahkan kita sekali lagi.
"Jika perlu sekali lagi turun ke jalan raya untuk membantah, kita mesti turun dan rakyat mesti bersama-sama tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan tol yang benar-benar menyusahkan hidup mereka," jelasnya.
Ditanya tentang siri demostrasi, beliau selaku penyelaras Protes menyatakan perkara tersebut masih dalam perancangan.
"Jika tidak atau rakyat senyap semata, maka kerajaan akan mengulangi lagi dan berterusan menekan rakyat," katanya lagi.
Secara umumnya pada 2005 dilaporkan Plus mendapat keuntungan sebelum cukai ialah RM1.67 bilion manakala bagi tahun 2006 sejumlah RM2.09 bilion dicatat sebagai keuntungan. - mks.
P/S: hehehe mestila sume mende naik, yg kaye trus kaye, yang miskin papa kedana, gaji kakitangan kerajaan pun naik, so xde fx apepon sbenanye, gaji naik, mende lain naik gak, minyak naik, yang lain trus naik.

selamat hari guru!!!


GURU OH GURU


Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)




Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,

guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang

diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP),

Kuala Lumpur, 1989


Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia

Tuesday, May 15, 2007

action speaks louder than words..bullshit!

Tokoh pendidikan, Tan Sri Murad Mohd. Nor berkata, Sistem Penilaian Pembelajaran Interaktif Bilik Darjah (ICELS) boleh mengurangkan beban guru dalam usaha memperkasakan pembelajaran di sekolah kebangsaan.Katanya, ICELS boleh diintegrasikan dengan sistem-sistem sedia ada di sekolah, seterusnya merekodkan laporan prestasi pelajar secara automatik ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.``Dengan ini, guru boleh memberi tumpuan kepada penyediaan bahan mengajar dan berinteraksi dengan pelajarnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Sehubungan itu, Murad mengalu-alukan hasrat Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan pelaksanaan ICELS dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).``Sistem ini juga merupakan alat pengupaya yang boleh melahirkan pelajar yang berdisiplin serta boleh mengukur kemampuan diri,'' tambahnya.Kira-kira 300,000 guru dan tiga juta pelajar akan menggunakan sistem itu jika ia dilaksanakan di sekolah-sekolah pada RMK-9.Murad mengulas kenyataan Hishammuddin pada Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, yang menimbang kemungkinan melaksanakan ICELS di sekolah pada RMK-9.Menurut Hishammuddin, beberapa ciri ICELS didapati menepati kriteria yang diperlukan seperti menjimatkan dan interaktif.Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Hishammuddin berkata, ICELS sesuai untuk membestarikan sistem pendidikan di sekolah serta penambahbaikan sistem Penyampaian Pengajaran (P&P) dalam bilik darjah.Sistem itu telah dilaksanakan secara meluas di Taiwan dan secara rintis di United Kingdom.Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menutup program ujian ICELS di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu di Negeri Sembilan baru-baru ini juga menganggap sistem itu mampu mengesan kemampuan, pemahaman dan kebolehan pelajar ketika aktiviti P&P berlangsung di dalam kelas.Katanya, pengesanan `segera' itu boleh dilakukan tanpa perlu menunggu sehingga habis penggal persekolahan, yang ketika itu, mungkin sudah terlewat.Murad yang sebelum ini mencadangkan sistem pendidikan negara sekarang dirombak semula jika kerajaan mahu memperkasakan sekolah kebangsaan, berharap ICELS dapat diperkenalkan di semua maktab perguruan.``Walau apa pun kaedah yang diperkenalkan, guru-gurulah yang berada di barisan hadapan untuk melaksanakannya,'' katanya.Sehubungan itu, katanya, dengan memperkenalkan ICELS di maktab-maktab perguruan, guru berpeluang memikirkan kaedah dan aplikasi yang sesuai untuk sistem ini.
p/s: hehehhe...bullshit!!! cekgu skarang dibebani oleh keje2 remeh yg x masuk akal, e.g pats, labs, etc. hmmm mungkin yang mcadangkan mende2 ni juz nak dapat name kot, dats y la ramai cekgu yang duk spital bahagia, ttekan?tekanan?dtekan?penekanan? hahahahak. cakap pandai la, meh duk dalam kasut saye try...

PATI

Kuala Lumpur: Hanya 500 daripada 500,000 pendatang asing tanpa izin Indonesia yang pulang ke negara asal menerusi program pengampunan kembali semula untuk bekerja secara sah di negara ini.
Kekurangan itu disebabkan kelewatan pihak berkuasa Indonesia memproses dokumen kemasukan semula dan bayaran tinggi yang dikenakan pemerintah republic itu untuk caj pemprosesan dokumen. Berikutan itu, Malaysia terpaksa beralih ke negara lain selain Indonesia untuk mendapatkan pekerja asing.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid, yang berada di Jakarta sejak Jumaat lalu untuk mempercepatkan kemasukkan pekerja berkata, majikan Malaysia tidak dapat menunggu mereka kerana ia menjejaskan perniagaan masing-masing. “Pihak berkuasa Indonesia membuatkan perkara itu semakin rumit untuk membawa mereka dating ke negara ini dan ini menimbulkan rasa kecewa di kalangan kebanyakkan mejikan Malaysia,” katanya kepa New Straits Times (NST), semalam. Azmi yang kecewa berkata, Indonesia mengenakan kadar bayaran tiga juta rupiah (RM1,200)bagi kos memporses dokumen dan meluluskan permohonan.
Ini bermakna keseluruhan RM420 juta kos adalah termasuk bayaran bagi kursus induksi jika 300,000 pekerja terbabit kembali semula bekerja di negara ini.Berikutan itu, ramai pekerja terbabit terkandas di pusat serenti yang disediakan Kerajaan Indonesia sehingga mereka mampu menyediakan bayaran berkenaan.Azmi berkata, pekerja itu tidak sepatutnya membayar untuk kursus induksi bagi membiasakan diri dengan kebudayaan dan adat resam di negara ini.
Beliau juga tidak faham mengapa kerajaan Indonesia mengenakan bayaran itu, sedangkan Malaysia tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka.
Selain itu, difahamkan majikan juga akan disoal polis Indonesia. Sehubungan itu, beliau berkata, Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pekerja asing tanpa izin yang mengambil jalan singkat memasuki negara ini secara haram bagi mengelakkan peraturan ketat pihak Indonesia.”Kita sudah memberi mereka pulang ke nragar mereka secara sah. Kita mahu mereka memasuki negara ini secara sah bagi membolehkan kepentingan mereka dilindungi,” katanya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn, berkata Indonesia tidak mengotakn janji untuk memproses permohonan pekerja mereka dalam tempoh sehari atau dua hari.
“Mereka sesungguhnya tidak berminta untuk melakukannya,Mereka tidak mahu bekerjasama,” katanya. Berikutan itu , Malaysia mungkin mengambil pekerja dari negara lain jika Indonesia masih berkeras menunda kepulangan warganya ke negara ini.
“Saya akan bangkitkan isu ini kepada Kabinet pada Rabu ini.Kita mungkin akan membawa pekerja asing dari negara lain,” katanya sambil menambah berlaku kekurangan serius salam sector perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.
Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia(MEF), Shamsudin Bardan. Berkata Malaysia sudah terlalu bergantung kepada pekerja Indonesia.
“Majikan tidak kisah mengenai kewarganegaraan pekerja, sebaliknya jumlah pekerja.Mereka memerlukan pekerja bagi tujuan perancangan dan pengeluaran, “katanya.
Oleh itu, beliau menyokong cadangan membawa masuk pekerja asing daripada negara lain.

p/s: heh, malaysia kite blembut sangat dgn org lain, berape kali mau ampun daa??? aku dengar dulu nak buat hukuman sebatla bagai, ah bullshit! ckp x srupe bikin,kadar jenayah meningkat kerana pendatang asing, n operasi menangkap pendatang asing ni pun ade musim. aku dah bosan dengan crite2 camni. kalo korang pi kat Klang tu, dah jadi cam bandar antarabangsa dah, hish..aku pon jadi takut nak pi Klang, dengan bangla , indon, myanmar, huh bsepah beb..